Takziah diucapkan kepada warga Situ Gintung yang kehilangan ahli keluarga akibat pecahnya empangan tersebut pada hari Jumaat lepas. Sesungguhnya kepedihan akibat kehilangan orang yang tersayang masih menyelubungi namun sebagai manusia biasa, kita harus redha dengan ketentuanNya. Pada dini hari jumaat lepas, telah terjadinya satu lagi bencana alam yang menggemparkan seluruh warga republik ini. Sebuah banjir yang diibaratkan sebagai tsunami kecil telah melanda daerah Tangerang atau lebih tepatnya lagi di penempatan Situ Gintung.
Banjir dikatakan berpunca daripada pecahnya tanggul (empangan) sehingga air akhirnya menghempas rumah2 penduduk dan menghanyutkan barang2 rumah, haiwan, kanak2, orang tua, kereta dan menerbalikkan bas di univesiti berdekatan. Sehingga kini hampir 60+ mayat telah ditemui manakala beratus2 lagi dilaporkan masih hilang.
Empangan buatan Belanda itu roboh kerana kuatnya tekanan air akibat hujan yang tidak henti2 turun sejak petang khamis lepas. Dilaporkan warga sekitar sedar air mula naik dan mereka sibuk menyelamatkan harta benda sehingga tidak menyedari gelombang air yang lebih besar menanti setelah empangan tersebut runtuh sepenuhnya.. Lebih malang lagi bagi mereka yang duduk agak jauh dari empangan yang tidak menyedari kejadian runtuhnya empang tersebut. Mungkin terkejut dengan bencana yang terjadi sewaktu sedang enak dibuai mimpi.
Hari ini masih seperti biasa, esoknya kehilangan orang tersayang. Yang berharap masih bernafas dan bekerja, esoknya ternyata tidak lagi bernyawa. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada hari ini..sebab esok masih belum pasti..
p/s - InsyaAllah wakil ukrida akan turun ke sana Selasa ni bagi membantu mangsa. Bagi yang ingin menyumbangkan pakaian atau apa saja, sila bawa Isnin ni di kelas (HUSADA) -Sekali lagi rumah Allah terpelihara.Sama macam Tsunami kat Aceh dulu. Maha suci Allah.. http://indonesiafirst.com/al-barkah-mosque-situ-gintung-tragedy/
GCC (shortform dari Gagasan Cewek Cun), terdiri dari sekumpulan mahasiswa kedoktoran cantik di sebuah universiti di jakarta barat.Doakan kejayaan kami dan semoga kami menjadi doktor yang dapat berbakti kepada agama, masyarakat dan negara.