Monday, October 20, 2008

Toyol mana plak yang amek duit aku....???

Tiga Cina Singapura membeli durian dari Pak Semeon, di Muar. Harganya RM30. Maknanya seorang bayar RM10.

Pak Semeon adalah penjual durian yang murah hati. Beliau beri diskaun RM5. Tapi oleh kerana sibuk dengan urusan menjual durian kepada para pelanggannya, Pak Semeon berikan wang RM5 itu kepada anaknya, Samad agar dipulangkan pada 3 Cina Singapura itu yang sedang memasukkan durian ke but kereta.

Samad garu kepala dan berfikir bagaimanakah untuk bahagikan RM5 itu kepada 3 orang. Susah-susah je fikirnya dalam hati.

Akhirnya dia ambil keputusan untuk 'gelapkan' RM2 dan pulangkan hanya RM3, iaitu RM1 untuk setiap pembeli durian tadi.

Seronoklah 3 Cina Singapura itu mendapat diskaun. Maknanya mereka hanya bayar RM9 seorang, harga durian itu jadi RM27 saja.

Campur wang yang 'digelapkan' oleh Samad kesemuanya berjumlah RM27+RM2=RM29. Mereka tidak tahu kes 'gelapkan' wang itu, hanya Samad yang tahu.

Tadi kesemuanya berjumlah RM30, kini tinggal RM29 saja. Samad pening juga. Dicarinya dalam poketnya tapi tak berjumpa, hanya RM2 saja yang ada. "Sepatutnya RM3..." Fikir Samad. Manakah perginya RM1 bakinya? Toyol mana pula yang ambil?


P/S-Gelapkan=curi laa..Moral cite ni jangan ler gelapkan duit En Semeon...

dgn izin dari Ibnu Yusof-www.megasutra.com

Labels:

Posted by Senatsenut at 4:10:00 PM

4 Comments