Saturday, November 1, 2008

I'm not Single...but i'm available..


"Setelah sekian lama hidup membujang ,inilah pertama kali
mama membenarkan aku pacaran..."

Mungkin itu adalah apa yg terpendam dalam jiwa Kochi da guinea pig a.k.a marmot selama tinggal di rumah GCC ni...
Haha..bukan sengaja nak bagi Kochi jadi andartu..tapi memikirkan ruang yang kecil serta kurang praktikal (tak cukup budget n risau orang lain tak selesa..:)..terpaksa lah membiarkan Kochi hidup sendiri..
Tapi kini tidak lagi.
this is Kochi's new boyfriend...nama dia Mumu..
Tasya,mira n awe yg belikan...thanks!!..

akhirnya Kochi ada teman..tapi masalahnya Kochi yang terlalu manja n segan (dah tengok manusia je hari2..mana kenal spesies sendiri) masih tidak mampu untuk berkomunikasi dengan baik apabila bersama Mumu..

Mumu pula sebagai seekor marmot yatim yang tinggal beramai2 di kedai haiwan Carrefour, mungkin sudah terlalu sosial... jadi terlebih la pulak hyperactive bila bertemu Kochi..


Buat masa sekarang we have to separate Kochi n Mumu sebab tak sanggup dengar Kochi jerit bila Mumu excited ajak main..haa..
Pasal makan pulak, Mumu memang berselera bila diberi sayur..Kochi pulak demanding..nak makan yg ktrg masak..Biasalah dah manja..Size memang la beza sangat..Kochi ni dah kena pergi gym kot..bak kata hawa,kena lari kat treadmill..hahaha..

ter"obes" pulak..ramai mak sedara bagi makan sedap2..Mumu masih kurus.terasa tulang dia..tak lama lagi obes jugak la tu..


Kesimpulannya,dari penaakulan mantik ahli GCC, memang Mumu lebih muda dari Kochi la..Padanla Kochi macam malas layan je..Dengan menunjukkan perlakuan sebegitu mungkin dia ingin mengatakan.."saya anggap kamu sebagai adik saja,tidak mungkin kita akan bersama.Mama, saya mahu pacar yang lain.."..Well who knows..aku mengantuk..~~

Posted by Senatsenut at 12:37:00 AM

2 Comments