Tuesday, December 30, 2008
sardine roll

SARDINE ROLLĀ
VERSI ORANG RAJIN
Bahan:
Roti sandwich biasa
3 biji telur
sedikit garam
bread crumb
minyak utk menggoreng
Inti:
1 tin kecil sardin
2 biji limau kasturi
1 bawang besar dicincang
Cara:
1. Masukkan bahan inti dalam mangkuk dan campurkan dgn garfu
2. Sapukan inti di atas roti (yg telah dileperkan spy mudah dibentuk) dan gulungkan. gamkan dgn telur yg dipukul atau tepung dicampur air
3. celupkan roti yg diroll dalam telur yg dipukul dgn sdkt garam
4. golekkan di atas bread crumb
5. goreng sehingga kuning keemasan
6. angkat dan tiskan minyak
7. hidangkan dgn cili sos serta daun pudina

VERSI ORANG 'KURANG RAJIN'
Bahan:
Saro, roti sari roti~
2 biji telur
1 tin kecil sardin
1 biji limau kasturi (kalau tak beli kat pasar atau dorongan, asam jawa pun ok)
1 bawang besar potong kecil2
sedikit garam
Cara:
1. masukkan sardin, titisan limau dan bawang. campur rata
2. buat roti telur biasa, one side saja
3. letakkan sardin di atas side yg tiada telur
4. roti digulung, dan tersedia utk dimakan
kekurangan:
1. tidak rajin
2. hanya applicable utk org bujang (haha)
kelebihan:
1. rasa serupa tapi tak sama
2. tak perlu tos minyak sbb mmg tak goreng dalam minyak
3. tak perlu risau kalau gulungan roti yg digam dgn telur/tepung terbuka semasa digoreng.
4. jimat masa
5. kurang kolestrol ;)
cupid dah terinspirasi. utk yg lain, selamat mencuba!! :)
Posted by Nafisah at 7:18:00 AM