Friday, April 3, 2009

puisiku part 1


Salam.baru2 ni aku dilanda mood ingin berpuisi.

Malangnya aku tidaklah pandai sangat pasal puisi ni.

Tapi takpe..saja aku nak mencuba nasib..

Tajuk puisi ni adalah:Apabila jam biologisku berbicara

Sila baca mengikut sesedap rasa anda..


Aku..irama sirkadian,
Sebuah sirkulasi dan gerak tari,
Dalam entak ciptaan Ilahi.
asyik, tanpa melodi.
Sepi..aku berlari
sendiri..
Mengejar insan..
tanpa jemu, tanpa henti..

Bila saatnya..kau temukan
tidak kau tahu, tapi pasti..
Yang kau kejar belum tentu kau dapatkan
Yang kau kendong belum pun dalam genggaman

Dan akupun terus bergerak maju
Di segenap nafas dan relung nadimu
Tanpa aku menoleh..

Pasti..tua menanti,
di penghujung cinta yang belum pasti.

Dan kulihat kau masih di sini,
merenung nasib diri.


saya budak baru belajar,

Kalau ada salah dan silap harap maafkan..

Bila aku kata part 1..maksudnya akan ada lagi part 2 or 3,4,..opss..

Posted by Senatsenut at 8:11:00 PM

4 Comments