Thursday, January 8, 2009

Oh, aku kurang ingatan sekarang...

Salam.
Selamat menghadapi exam. Teringat tips2 masa zaman exam sekolah dulu2. Saja mahu sharing2.Ada ilmu kita kongsi bersama.huhu..
Banyak perkara yang kita buat tanpa sedar yang boleh membuatkan kita sering lemah daya ingatan..Sebenarnya boleh je nak elak..

Antara perkara yang perlu dijauhi:
=>Jangan makan benda masam. Terutama mangga muda, jeruk limau dan asam boi yang super masam..Tapi tak tahulah pulak macam mana dengan asam keping, asam jawa..


=>Elakkan makan semut (dei takde benda lain ke nak makan) .Maksudnye watch out! Kalian mungkin tertelan semut masa makan atau minum tanpa disedari..So hati2 lah.
=>Bila makan telur, pastikan telur dah dibasuh dulu. Katanya, telur tu masa keluar bersalut cairan, yang juga najis.

=>Jangan makan banyak makanan segera. Elak makan maggi, mi sedap, gobang, gokar, indomie,mi salam atau apa2 sajalah yang segera. Segera=instant. Kalau makanan segera macam KFC atau McD takpe kot, sebab mahal so takkan hari2 nak makan. (eh boikot McD)

=>Kata orang, jangan memandang hal2 yang tak baik atau buruk..Jangan memandang alat kelamin anda..(kalau kulit dan kelamin punya diktat??)jangan memandang feses anda semasa anda ‘berada di bilik termenung’. Tapi tak sure kalau terpandang tahi kucing, terpandang sampah atau terpandang longkang di depan rumah. Adakah valid juga?

=>Amaran kepada penggemar porno..tak kira lah porno aksi atau apa2 je lah, sila jauhi. Jaga pandangan anda!

Perkara yang elok buat:

=>Dekatkan diri kepada Allah. Bermohonlah kepadaNya dengan sabar, khusyuk dan sungguh2. Sesungguhnya Dialah yang memberikan rezeki dan ilmu pengetahuan. Perbaiki diri menjadi lebih baik, bukan cuma pada musim ujian tapi untuk bekalan hari akhirat.


=>Makanlah makanan yang mudah dicerna dengan baik dan baik juga untuk kesihatan. Misalnya madu, kismis, habbatussauda. Ini selain dapat meningkatkan kecepatan kita berfikir, dapat juga meningkatkan imunitas kita semasa peperiksaan. Yelah, kan nak cepat, makan pun tak jaga.

=>Olahraga teratur, rehat dan tidur yang cukup, kurangkan stress..(tengok extravaganza ke)

=>Rajin2 melakukan soalan2 ujian lepas2..(last minit baru nak kuar soal lama..cehh). Rajinlah mengulang2 apa yang dipelajari, hafallah seolah2 esok tiada bagimu..haha


Sekian saja.Yang lain2 boleh fikir sendiri kot...Kalau ada apa2 tambahan atau petua nenek moyang..Silakan ke ruang komen untuk tambahan. Atau sila tanya nenek sendiri ye.

p/s-peringatan!!

Tips ini hanyalah sekadar tips2 yang diturunkan dari kawan2, orang tua dan cikgu2. Sumber asalnya tidak tahu dari mana. Kalau ditanya sanad dan matannya pun belum tentu boleh dijawab.huhu..Yang baik kita contohi asalkan tidak melanggar akidah kita umat Islam.


-Lately semakin kurang daya ingat. Dah tua diri ini..=(

-Minta juga doanya buat umat Islam di Palestin

-Selamat berkubang dengan buku2 dan diktat..

Posted by Senatsenut at 9:40:00 AM

3 Comments