HAPPY NEW YEAR OF 2009!! Haha, belum terlambat lagi kami dari pihak GCC mengucapkan salam tahun baru 2009 dan 1430 hijrah.
Tahun baru semangat baru! Semangat nak balik Malaysia. Ayolah kawan2!! Mari kita countdown hari..Cik Aseefan yang comel telah pun menampal jadual exam dan countdown sebesar2nya di dinding rumah. Ambik kau, masuk2 je rumah tengok mende tu..haha..Ini semua khas buat GCC atas saran Cik Zenith. Tenkiu yer kawan2..
Buat masa ni post baru daripada GCC akan semakin slow, seiring dengan banyaknya exam dan juga slownya internet...Arghh..Fastnet yang semakin perlahan sehingga dikalahkan oleh siput sedut yang terpotong ekornya.(???)
Tapi kami semua akan berusaha menjadikan blog ini sentiasa hidup dan menarik hati..(hati kami la). Nantikan post daripada CupidChenta kerana katanya dia sedang dalam proses membuat post baru, tapi terhalang oleh internet..arghh..
Kepada Zenith dan Aseefan, terima kasih kerana menjadikan blog ini hidup!!..Saya sayang kamu!!..Emm, lama juga tak dengar cerita dari MissJane. Ada cinta hati baru nampaknya..huhu..gosip2.. Kalau dari CheRaa..belum berani komen, sebab susah nak pujuk CheRaa buat entry..Haha..sampai sekarang pun belum pernah..ngee..
Baiklah seiring dengan pertambahan usia, (pathetic ke?takla..) Tiap2 tahun pun usia makin meningkat..Hope tahun ni akan lebih mematangkan kita dari pelbagai segi dan lebih menjadikan kita manusia. (ah, tak faham sudah..) Akhir kata, terimalah salam tulus ikhlas dari kami dimanapun anda berada…Stay cute dan don’t do drugs..(Eh, silap..I mean, don’t drink too much coffee since exam berderet2 dalam dua minggu depan.Haha)
GCC (shortform dari Gagasan Cewek Cun), terdiri dari sekumpulan mahasiswa kedoktoran cantik di sebuah universiti di jakarta barat.Doakan kejayaan kami dan semoga kami menjadi doktor yang dapat berbakti kepada agama, masyarakat dan negara.