Salam.. Semalam aku pergi jalan2 di Kantor Imigesen..Pulang tu lewat jalan Hayam Wuruk. (on the way pulang dari Husada). Kat jalan ni ada satu kedai makan yang korang kena cuba la makanan dia..sedap di lidah aku..huhu
Kebetulan ada seorang teman (diahsiakan) berniat baik membelanja..huhu..Rezeki2.. Ada satu kedai mamak namanya Restoran Mutabak Har.. Dia jual masakan yang macam kat gerai mamak kat Malaysia
Aku order nasi minyak.. Best la kedai mamak ni. Rasa macam kat Malaysia je.. Nasi minyak dengan kari ayam memang la best. Walaupun harga mahal, tapi dah orang belanja aku makan je la..wah.. Dah le belanja aku makan, bungkus pulak roti canai kat orang rumah aku..Alah, segannya..Alhamdulillah..Terima kasih daun keladi, lain kali belanja lagi..huhu..
Tapi memang best kari ayam dia..roti canai pun best..lembut dan tebal pulak tu..Teh tarik apetah lagi..wahahah..bahagianya..(tak sangka ambang bahagia aku begitu rendah..huhu). Em tapi nak rasa Cane twister ayam (roti canai+ayam kot) ..habis pulak..Ye la, dah sore pun, kedai nak tutup dah.. Ni senarai harga barang...
Cane polos (roti canai) sekeping = Rp 6 000 Kari ayam = Rp 13 000 Teh tarik hangat = Rp 6 000 Nasi minyak kari ayam = Rp 20 000
GCC (shortform dari Gagasan Cewek Cun), terdiri dari sekumpulan mahasiswa kedoktoran cantik di sebuah universiti di jakarta barat.Doakan kejayaan kami dan semoga kami menjadi doktor yang dapat berbakti kepada agama, masyarakat dan negara.